Ratings and Recommendations by outbrain

Total Pageviews

Cemerlang dalam EXAM


Persediaan SEBELUM EXAM
  • Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.
  • Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti.
  • Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
  • Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exam bermula.
  • Setkan (tathbit) markah untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; 100% untuk semua subjek!
  • Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam PMR 2012.
  • Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan murid dari sekolah lain.
  • Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah
  • Membiasakan diri merujuk kepada guru (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
  • Kumpulkan sebanyak yang boleh contoh-contoh soalan yang lepas-lepas untuk dibuat analisis dan latih tubi, minta dari senior-senior atau cari di Bank Soalan Sekolah, pada kebiasannya soalan tidak lari dari 5 tahun kebelakang jika format tidak berubah. Perhatikan rentak (bentuk) soalan yang dibuat guru dan tackle cara nak menjawabnya.
  • Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
  • Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
  • Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
  • Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
  • Kenalpasti kelemahan kita dalam sesuatu subjek dan minta ulasan dari guru bagaimana untuk meningkatkan pencapaian kita dalam subjek tersebut. Seterusnya buat perancangan strategik untuk membaiki kelemahan yang ada agar terus meningkat setanding dengan orang lain. Berkorbanlah masa dan wang demi pelaburan masa hadapan.
  • Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Modul 2 Aspek 2.5 Etika makan

Aspek 2.5 : Etika makan

i) Mempersembahkan postur yangb betul semasa makan

ii) Mengamalkan tingkah laku yang sopan semasa makan

iii) Menggunakan alatan dengan betul dan sesuai

Modul 2 Aspek 2.5 Penyediaan medium memasu

Aspek 2.5 : Penyediaan medium memasu

i) Menyediakan bahan memasu mengikut nisbah yang betul

ii) Menggaul bahan memasu dengan sekata

iii) Menggunakan alatan dengan cara yang betul dan selamat

iv) Membersih dan menyimpan alatan

Modul 3 Aspek 3.3 Keusahawanan

Aspek 3.3 : Keusahawanan

i) Menyenaraikan 5 ciri utama usahawan dengan betul

1. Daya usaha berterusan
2. Berani menghadapi risiko
3. Kreatif
4. Inovatif
5. Berpandangan jauh 

ii) Menyenaraikan 8 agensi kerajaan yang membantu usahawan

1. MARDI
2. MIDA
3. MPOB
4. UDA
5. SIRIM
6. MEDEC
7. MARA
8. PKEN
 

iii) Menerangkan secara ringkas 5 peranan kerajaan dalam membantu usahawan

1. Bimbingan dan latihan - memberi bimbingan dan latihan keusahawanan kepada peniaga dan bakal peniaga
2. Kajian dan penyelidikan - menyediakan kemudahan kajian & penyelidikan untuk barangan/ produk yang akan dipasarkan
3. Kewangan - memberi bantuan kemudahan pinjaman
4. Prasarana - menyediakan kemudahan infrastruktur untuk memudahkan perniagaan
5. Galakan dan insentif - memberi galakan/ insentif dalam bentuk pelepasan cukai untuk perniagaan baru


iv) Menyatakan 3 bidang kegiatan yan diceburi oleh usahawan dengan betul


1. Pemasaran dan agihan
2. Pengeluaran
3. Perkhidmatan

Modul 3 Aspek 3.2 Bantuan Perniagaan

Aspek 3.2 : Bantuan Perniagaan

i) Menerangkan maksud bantuan perniagaan dengan betul

Perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan dengan lebih baik dan berkesan

ii) Menyenaraikan 6 jenis bantuan perniagaan dengan betul

1. Pengangkutan
2. Insurans
3. Pergudangan
4. Komunikasi
5. Perbankan
6. Promosi


iii) Menyenaraikan jenis bantuan perniagaan yang digunakan oleh perniagaan yang dipilih

1. Insurans
2. Promosi
3. Pengangkutan
4. Komunikasi
5. Perbankan

iv) Menyatakan peranan bantuan perniagaan yang dipilih oleh peniaga tersebut


1. Insurans - melindungi perniagaan daripada risiko
2. Promosi - memperkenalkan barangan kepada umum
3. Pengangkutan - memindahkan barangan jualan
4. Komunikasi - menerima dan menghantar maklumat
5. Perbankan - membuat pinjaman wang

Modul 3 Aspek 3.1 Perniagaan dalam negeri

Aspek 3.1 Perniagaan dalam negeri

i) Menyatakan jenis perniagaan runcit kecil-kecilan yang dipilih dengan betul

Jenis perniagaan runcit kecil-kecilan : Berkedai
Jenis kedai : Kedai tunggal khas   =   Kedai Kasut Ahmad


ii) Menyenaraikan ciri utama perniagaan yang dipilih dengan betul

1. Mudah ditubuhkan
2. Modal kecil
3. Mudah diuruskan
4. Dimiliki secara individi/ perkongsian


 iii) Menyatakan 4 jenis perniagaan runcit besar-besaran dengan betul


1. Francais
2. Gedung aneka jabatan
3. Kedai sejaras
4. Pasaraya


iv) Menyenaraikan ciri perniagaan runcit besar-besaran dengan betul


1. Dimiliki oleh syarikat/ perkongsian
2. Pengurusan lebih rumit
3. Perlu didaftarkan dengan Pendaftar Perniagaan dan Pendaftar Syarikat, SSM.
4. Modal yang besar

MODUL 2 – TINGKATAN 2

PANDUAN PENSKORAN KERJA KURSUS
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

MODUL 2 – TINGKATAN 2

BIL
ASPEK /KRITERIA
CATATAN
2.1
Melakar reka bentuk projek

  1. Melakar sekurang kurangnya tiga reka bentuk projek berdasarkan tema dan faktor reka bentuk



  1. Menghasilkan satu lakaran reka bentuk terbaik yang dipilih dengan kemas


  1. Menyatakan sekurang kurangnya tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan reka bentuk

  1. Mendimensi lakaran reka bentuk yang dipilih




  • Melakar – adalah lakaran bebas yang dibuat tanpa menggunakan alat lukisan berdasarkan tema.
  • Boleh dilukis dalam bentuk 3 D isometric atau oblik atau perspektif


Melukis semula lakaran terbaik yang dipilih dan mendimensi dengan kemas



Menyatakan sekurang-kurangnya 3 faktor berserta dengan huraian yang ringkas



Perlu sediakan pelaporan
  • Pelaporan menyatakan apakah aktiviti yang telah dilakukan dalam aspek melakar reka bentuk projek


2.2
Penghasilan projek reka bentuk
  1. Mengukur, menanda dan memotong menepati lakaran reka bentuk

  1. Membentuk dan mencantum bahagian projek dengan kemas dan kukuh


  1. Membuat kemasan yang sesuai


  1. Mematuhi langkah keselamatan





    • Menyediakan bahan menepati lakaran reka bentuk



    • Membuat pemasangan dengan kemas dan kukuh
    • Tidak membazir bahan


    • Membuat kemasan yang sesuai dan kemas



2.3
Menggunakan alatan tangan dan mesin
  1. Memilih alatan tangan atau mesin yang betul


  1. Menggunakan alatan tangan atau mesin dengan cara yang betul dan selamat

  1. Menyenggara alatan tangan atau mesin yang digunakan

  1. Menyimpan alatan tangan atau mesin


Pelajar boleh ditaksir dalam P&P semua tajuk yang menggunakan alatan tangan dengan cara yang betul melibatkan salah satu tajuk di bawah
  • Reka bentuk dan penghasilan projek
  • Elektronik
  • Masakan
  • Tanaman Hiasan
  • Lukisan Teknik


  • Menyenggara merangkumi proses mengurus dan mengendali alatan / mesin

Evidens :
Proses


2.4
Membuat lukisan unjuran ortografik



  1. Melukis mengikut konsep lukisan unjuran ortografik


  1. Menggunakan jenis garisan yang betul dalam lukisan unjuran ortografik




  1. Mendimensi
(sekurang-kurangnya tiga) lukisan unjuran ortografik dengan betul


iv. Menghasilkan lukisan unjuran ortografik yang kemas dan bersih


Pelajar melukis satu ortografik. Guru menyediakan lukisan isometrik dan pelajar menterjemah ke dalam unjuran ortografik

Melukis Pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi unjuran ortografik mengikut pandangan sudut ketiga

Kemas : Semua jenis garisan yang dilukis hendaklah memenuhi cirri-ciri garisan yang betul
Contoh
Garisan objek sifatnya hitam, tebal dan sekata dilukis dengan menggunakan pensil HB

Melukis 3 garisan dimensi dengan cara yang betul dan tepat mana-mana bahagian pada lukisan ortografik

Garisan jidar hendaklah dilukis oleh pelajar

Lukisan kemas dan bersih

Evidens :
Produk – lukisan unjuran ortografik


2.5
Etika makan



  1. Mempersembahkan postur yang betul semasa makan

  1. Mengamalkan tingkah laku yang sopan semasa makan


  1. Menggunakan alatan dengan betul dan sesuai

ATAU
Guru menilai tajuk ini dalam proses P&P
Evidens :
Proses – mengamalkan etika makan yang betul

Menyediakan satu jenis hidangan yang dipilih sama ada cara Barat atau cara Timur

Setelah siap pelajar menyusun diatas meja makan mengikut susunan peranggu meja pelajar duduk secara beretika menjamu makanan

  • Postur – posisi atau sikap tubuh seseorang




2.5
Penyediaan medium memasu

  1. Menyediakan bahan memasu mengikut nisbah yang betul

  1. Menggaul bahan memasu dengan sekata

  1. Menggunakan alatan dengan cara yang betul dan selamat

  1. Membersih dan menyimpan alatan


Evidens :
Proses – menyediakan medium memasu mengikut nisbah yang betul


Nisbah medium
7:3:2 atau 3:2:1


**** datang lagi!!!!

 Renungan tentang H1N1.....
 
A. Bagaimana sebenarnya H1N1 merebak?
adakah setiap rakyat akan diberikan suntikan vaksin?
cukupkah kiranya memakai topeng muka boleh mngelak jangkitan H1N1?
adakah jangkitan H1N1 hanya boleh menyebabkan individu tertentu sahaja
sakit?*

Jawapan 

1. Merebak melalui udara dan cecair badan seperti bersin, batuk dan bercakap
kuat.

2. Vaksin untuk H1N1 masih tiada. Kalau hanya simtom, KKM akan bagi ubat flu
sahaja. Jika comfirm ada H1N1 akn dimasukkan ke wad dan barulah di beri
vaksin anti viral. Anti viral hanya melambatkan penularan tetapi tidak
menjamin tak kena. Orang awam tidak dibenarkan sama sekali mengambil
suntikan antiviral. Sebab?...dalam dunia hanya ada 2 jenis antiviral. Jika
semua orang ambil...automatik jika virus2 baru akan datang mutasi dan akan
lali dari ativiral tersebut. jadi amat2 berbahaya jika ambil antiviral.

3. Jangkitan tidak mengenal golongan. Semua boleh dijangkiti. Cuma kekuatan
antibodi badan sahaja yg mampu menghasilkan anti virus ini selepa 7 hari
dari prosesmulanya pengeraman.

Cuma ada indvidu2 yg risiko kematian lebih tinggi seperti ibu mengandung,
ibu baru bersalin (lemah lagi badannya), gemuk, darah tinggi, kecing manis,
jantung dll.

4. Topeng muka boleh membantu menghalangkan kita menyedut secara langsung
cairan yg dilepaskan melalui batuk, besin dan bercakap kuat. Lebih baik buka
tingkat dari duduk dalam tertutup.


Nak tahu anggaran yg dah terkena....jumlah yg telah dijangkit di darabkan
dgn 10. So kalau sekarang 1300 maka dah ada 13 ribu penularan. Lepas tu kali
dgn 10 lagi. Sebabnya WHO sendiri tak tahu status penyebaran dah sampai
tahap mana. Malah KKM pun dulu mampu ambil 10 sample bagi setiap kes cluster
tetapi sekarang hanya mmpu ambil 5 sahaja.

Kenapa baru KKM nampak risau?.

Sebabnya dari 0 kes bermula April 2009 sejak dikesan hingga kes yg ke
seribu, tiada kematian. Maknanya penularan belum meluas. Bila rank antara
100-300 kes berlaku keatian sehingga 8 orang secara rasminya, maka ini
menunjukkan kes ini telah tersebar luas.

Banduan dalam penjara Jelebu pun kena dan orang asli di hutan Kuala Pilah
pun dah kena.


*B.**adakah kerajaan ada buat pemantauan di pusat-pusat ternak babee?

kenapa takde berita babee dihapuskan sedangkan kita sedia maklum ianya virus
selsema babee

kalau masa selsema burung abis semua spesis burung dan ayam satu kampung di
hapuskan bagi mencegah penularan, tapi kenapa masa selsema babee ni; takde
satupun berita mengenai kerja penghapusan babee dijalankan sebagai satu
langkah mencegah penularan selsema babee?

yang di sibukkan ialah kerja pindah kandang babee; dari dok pindah kandang
babee baik hapuskan terus kandang babee

Tapi walaupun pada peringkat sekarang memang di lihat babee sebagai bukan
satu-satu penyebar; faktor sebagai penyebab dan pembiak virus jugak perlu di
ambil kira.

Jika jangkitan dan penyebaran sesama manusia dapat di bendung tapi puncanya
masih di situ menyondol dalam kandang happy sebab tak kena penghapusan
"etnik" [image: Laughing] seperti mana yang menimpa spesis burung dan unggas
suatu ketika dulu pun tak guna jgk; sebab pusingan (cycle) penyakit dan
penularan tetap ada*

Jaw
Bgini tuan, ambil ebola ..ambil HIV yg dipercayai bermula dari keluarga
beruk di Afrika......kita tak relevan nak bunuh binatang tersebut.

Kedua...virus wabak infuenza ini di bahagi kepada 3:

1. Seasonal Influenza....ini virus antara manusia ke manusia. Beberapa dekat
( 10 tahun satu dekat) ianya akan berulang. Ini virus nak senang
cakap..datang dari manusia sendiri.

2. Avian Influenza ..disebabkan alam semula jadi..menjangkiti haiwan seperti
burung. Kadangkala boleh mengjangkiti manusia.

3. Swine Ifluenza....disebabkan alam semuladi seperti virus yg terdapat dari
binatang itu sendiri seperti barbi. Kadangkala boleh mengjangkiti manusia.

4. Pendemic Influenza...ianya sebenarnya gabungan dari ketiga2 di atas. Ia
virus baru yg mutasi. Tak dapat dari babie secara direct..ianya berubah jadi
virus baru.

@
macam di beritakan sebelum ni, hanya 0.1% atau 0.5% saja 'peluang' untuk
manusia biasa MATI akibat h1n1.

manusia biasa ini merujuk pada manusia yang tiada komplikasi lain. iaitu
sihat tanpa penyakit2 kronik lain.

kalau dilihat 7-8 kematian di malaysia, 80-90 % daripada simati ada sakit
lain. pnemunia dan beberapa yg lain. si ibu baru tu, mati setelah 1 -2
minggu lahirkan anak.

disini kita dapat kesan satu tread yang common. kalau tengok semua yang
mati, kita dapat simpulkan bahawa antibodi lemah.



Jom cemerlang!!!

Salam CEMERLANG buat semua....Ciri-ciri pelajar cemerlang seperti berikut:

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.

5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian.

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.